![]() |
Kredit: fanpop.com |
Kita manusia yang bernafas dimuka bumi ini adalah ciptanNya.
Seperti di dalam surah Al-'Alaq 96:2 yang bermaksud, 'Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah'. Begitu juga dengan anak yang kita lahir dan besarkan. Mereka juga adalah dari segumpal darah.
Setiap yang bernyawa pasti akan kembali menemuiNya. Begitu juga dengan kita. Hanya yang masih hidup akan mendoakan yang telah pergi. Salah satu saham kita yang masih tinggal adalah anak-anak.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
1) SEDEKAH JARIAH
Segala yang kita telah berikan semasa kita hidup akan dihitung secara berterusan
semasa kita telah tiada. Malah, sedekah dan amal jariah yang berterusan dilakukan oleh
anak-anak juga akan membantu kita di dalam kubur.
2) ILMU YANG BERGUNA DAN BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
Anak-anak yang didik dengan baik semasa kecil dipenuhi dadanya dengan ilmu yang
berguna kepada orang lain adalah salah satu aset kita ketika di sana. Ilmu adalah sangat
penting dalam membantu anak-anak kita untuk terus membesar dengan suasana yang
lebih baik dari semasa ke semasa.
3) ANAK YANG SOLEH
Anak-anak yang didik dari kecil dengan penuh kasih sayang, ilmu agama dan amalan-
amalan yang mulia akan membantu menerangi ibu bapa mereka dengan doa dan amalan
baik yang berterusan.
Walaupun anak-anak ini masih kecil, tetapi pendedahan tentang ilmu dan sikap yang baik dari ibu bapa akan membantu anak-anak untuk lebih menyangi ibu bapa mereka.
Sayangilah anak-anak dan curahkan kasih sayang yang tidak terhingga kepada mereka.
ANAK-ANAK ADALAH HARTA IBU BAPA DUNIA DAN AKHIRAT.
Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach
No comments:
Post a Comment