Liyana Malek - 'Unconditional Love' Kunci Kebahagiaan Keluarga




Kredit : WM Atiyya

Kasih sayang dan cinta ibu bapa boleh dirasai dalam jiwa kanak-kanak apabila anda mencurahkan kasih sayang atau cinta tanpa syarat,"Unconditional Love".

5 RAHSIA bagaimana untuk mendapatkan "Unconditional Love"?

1.   Bersyukur kerana dikurniakan zuriat untuk menyambung warisan anda.

2.   Terima sifat kanak-kanak itu dengan seadanya. 
      Tidak perlu membandingkan antara kanak-kanak tersebut terutama sesama adik beradik.

3.   Setiap kanak-kanak adalah unik. 
      CiptaanNya adalah sangat luar biasa kerana tidak ada kanak-kanak yang mempunyai cap   
      jari yang sama.

4.   Sentiasa membantu, menyokong dan memberi kekuatan kepada kanak-kanak tidak 
      mengira masa.

5.   Berkongsi pandangan dan pendapat anda secara bijak bersama kanak-kanak untuk 
       meningkatkan tahap pemikiran mereka.


 Liyana Malek

#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - Asas Percintaan Kanak-Kanak


BAHASA CINTA

Kanak-kanak bercakap dengan ibu bapa menggunakan bahasa CINTA tetapi sejauh mana kita sebagai ibu bapa memahami bahasa ini?

Sebagai ibu bapa, kita amat menyangi mereka tetapi  ini tidak bermakna mereka tidak akan memberontak atau mengamuk dengan kita suatu hari nanti.

Dalam membesarkan kanak-kanak, kajian menunjukkan hampir 98% adalah bergantung kepada hubungan CINTA antara ibu bapa dan kanak-kanak tersebut. Tiada apa yang lebih penting kepada kanak-kanak selagi mereka tidak dapat memenuhi keperluan CINTA ini.

Bahasa CINTA kanak-kanak mula wujud apabila mereka dapat merasai bahasa CINTA ibu bapanya. Hanya kanak-kanak yang merasai bahasa CINTA dan kasih sayang yang tulen dari ibu bapanya sahaja, kanak-kanak ini boleh lakukan yang terbaik dalam hidup mereka.

Persoalannya: Bagaimana ibu bapa hendak memahami bahasa CINTA kanak-kanak?


Liyana Malek

#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - 11 Rahsia Senyum



Berapa ramai di antara anda TIDAK pernah mengukir senyuman?

Alangkah RUGINYA orang ini kerana telah terlepas 11 rahsia disebalik senyuman. Antara rahsianya adalah:

#1.   Hanya tersenyum  kita sebenarnya sedang bersenam. Bersenam?                                                   
         Ya, betul. Untuk mengaktifkan sel-sel muka dan sistem saraf otak serta hormon supaya 
         kelihat cergas.

#2.    Apabila kita senyum, hormon endorphin dalam otak akan terhasil yang mana  
          mewujudkan rangsangan sensasi kebahagaian, kenyamanan dan cinta. Ini dapat  
          meningkatkan daya ketahanan badan kita.

#3.    Senyum hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka ketika marah, 
         geram atau sedih. Lagi sedikit penggunaan otot muka, muka akan kelihatan awet muda 
         dari usia.

#4.    Bersedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit
          Ya, jawapannya hanya perlu tersenyum. 

#5.    Risiko untuk mendapat penyakit jantung dan darah tinggi dapat dikurangkan dengan 
          hanya senyum. Mengapa?
          Rangsangan dari senyuman menyebabkan pengaliran darah akan menjadi normal, maka 
          jantung tidak perlu bekerja keras.

#6.    'Ice Braking' dapat dipecahkan dengan cepat. Bagaimana? 
          Hanya dengan senyuman, kita telah boleh memulakan komunikasi dengan orang lain  
          lebih mudah dan cepat.

#7.    Pertengkaran dapat diselesaikan dengan cepat hanya dengan SENYUM dan tidak perlu    
          berkata apa-apa.

#8.    Tawan hati kanak-kanak dengan SENYUM sebab kanak-kanak mudah tercuit hatinya  
          apabila melihat kita tersenyum.

#9.     Cinta pandang pertama wujud adalah dari senyuman kita.

#10.   Tanda orang kaya adalah dengan senyuman kerana duit hanya suka pada orang-orang 
           yang senyum, siapa lagi KITA ORANGNYA.

#11.   Bahasa badan yang pertama kita lakukan ketika berjumpa orang kenamaan adalah 
           SENYUM.

APA TUNGGU LAGI? SENYUM :)

Liyana Malek

#1 Children Expert & Coach