Liyana Malek - Sentapan Tidur


Setiap anak mempunyai tempoh masa tidur yang berbeza mengikut umurnya. Ini untuk membantu sistem pertumbuhan dan rehat yang cukup untuk menjalankan aktiviti yang lebih bertenaga apabila mereka bangun nanti. Antara tempoh masa yang sesuai untuk anak-anak adalah:

a. Usia 1-4 minggu: 
Anak-anak ini memerlukan tidur selama15-18 jam sehari. Kebanyakkan waktu siangnya lebih digunakan untuk tidur walaupun seketika.

b. Usia 1-12 bulan: 
Pada usia ini anak-anak akan tidur 14-15 jam sehari. 

c. Usia 1-3 tahun: 
12-14 jam sehari, mereka cenderung untuk tidur 2x  sehari pada waktu siang dalam jangka masa 10 pagi dan 2 petang.

d. Usia 3-6 tahun: 
Mereka akan tidur pada waktu pagi biasanya dalam 1.5-2jam  dengan jumlah jam 10-12 jam sehari.

e. Usia 7-12 tahun: 
10 - 11 jam sehari adalah masa yang optimum untuk anak-anak yang berusia pada umur ini.

Anak-anak sangat mudah meragam jika mereka tidak dikejutkan dengan cara yang betul. Mengapa ia terjadi?

Secara natural, apabila anak-anak tidur, roh dan jasadnya terpisah buat seketika. Akan tetapi jika kita secara tiba-tiba mengejutkan anak yang tidur untuk bangun, roh dan jasad menerima kejutan sehingga menyebabkan emosi anak kacau-bilau.

Lebih membahayakan adalah jiwa anak menjadi sangat mudah sensitif sehingga menyebabkan semua yang mereka lakukan serba-serbi tidak kena. Ini membawa anak-anak sangat mudah untuk mengamuk. Apabila mereka mengamuk ia menyebabkan semua perkara menjadi lambat dan kita juga berpotensi untuk marah-marah terutama di pagi hari.

Cara yang boleh dilakukan untuk mengejutkan anak tidur adalah:

1. Buka lampu.
Jika anak tidur dalam keadaan suis lampu tertutup, maka bukakan lampu tersebut.

2. Pegang hujung ibu jari kaki.
Pengangkan ia secara lembut sambil berselawat dan memberi salam. Goyangkan kaki tersebut secara perlahan-lahan.

3. Gosok belakang badan anak.
Jika anak masih liat untuk bangun, gosokkan belakang badan anak secara perlahan-lahan. Berikan urutan di bahu dan dikepalanya untuk memberikan rangsangan agar mereka menjadi lebih sedia untuk bangun.

Cara kita berkomunikasi bersama anak adalah yang paling utama. Ketahuinya di http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

Liyana Malek 

#1 Malaysia Children Expert & Coach 



Liyana Malek - Berahi Marah

Apa yang anda dapat simpulkan melalui gambar ini?

Situasi: 
Si ayah memarahi si ibu. Si ibu melepaskan kebengangan kepada si anak. Si anak melepaskan kemarahan dan kebengangan kepada...

Inilah situasi yang berlaku hari ini. Memarahi anak ada cara dan gayanya tapi berapa ramai yang mengikuti cara yang betul untuk memarahi anak.

Tidak guna melepaskan kemarahan kepada orang lain akibat peningkatan minyak RON95 sebanyak RM0.20/seliter atau pun masalah gaji tak naik-naik, atau pun masalah politik negara yang asyik dibincangkan tetapi tidak dapat diselesaikan.

Bagaimana untuk kita merawat rasa marah dan kecewa kita kepada anak-anak?


'Saya dah buat macam-macam cara dengan anak saya tetapi sama sahaja. Dia tetap macam tu jugak degilnya.'

Pernah terlintas kata-kata ini?
Jika ya, istigfar banyak-banyak. 
Apa yang kita fikir, cakap dan rasa adalah DOA.

Cara untuk merawat rasa marah kita adalah:

>>> Sumpah
Ya, sumpah perkara yang baik-baik dengan mereka.
Contohnya, 'Ibu sumpah adik berjaya macam Bill Gates!' Anak ini terpaksa berjaya, murah rezeki dan hebat sepertinya.



>>> Doa
Apabila kita marah, terus berdoa depan anak tersebut. ' Ya Allah, lembutlah hati ini untuk Alia sentiasa dengar kata ibu dan menjadi anak yang sentiasa disayangi oleh Allah.'



>>> Senyap
Jika kita tidak mampu sangat untuk menahan marah, adalah lebih baik untuk kita senyap, senyum dan minum air. Tarik nafas dan elakkan daripada dekat dan pandang anak itu. Pandangan marah seorang ibu/bapa kepada anak membuatkan anak menjadi mudah meragam terutama apabila waktu tidur.


Liyana Malek 
#1 Malaysia Children Expert & Coach 

Liyana Malek - Miliki Ayah Romantik


Lelaki tidak hebat ke apabila bersama anak-anak? Tahukah anda kaum lelaki adalah kaum yang paling romantik dengan anak mereka jika kena pada tempatnya lagi-lagi apabila si anak adalah perempuan.

Kaum wanita, apa kata anda tinggalkan tugas anda seharian sebagai seorang isteri dan berikan tanggungjawab itu kepada mereka. Kita tengok apa yang jadi.

Alangkah indahnya pasangan suami isteri yang berkongsi tanggungjawab rumahtangga tanpa perlu berkira tugas tersebut adalah tugas si suami atau si isteri.

Tiang rumahtangga bukan terletak pada bahu si ibu sahaja. Walaupun penat bekerja mencari sesuap rezeki, si ayah juga perlu memainkan peranan penting untuk bermesra dengan anak-anak supaya anak-anak tidak hanya mengadu kepada si ibu sahaja.

Gambar potret ihsan daripada http://jessperna.com/


Liyana Malek 
#1 Malaysia Children Expert & Coach