Liyana Malek - 5 Bahasa Anak-Anak yang Patut Anda Ketahui

Anak-anak kecil hidup dalam dunia mereka sendiri yang serba mudah. Jika anda tidak faham apa yang mereka ucapkan, mereka akan menangis dan cepat tantrum atau mengamuk.

Kenali bahasa mereka! Kenali bahasa anak!
http://kenalibahasaanak.blogspot.com/

Liyana Malek 
 #1 Malaysia Children Expert & Coach 


Liyana Malek - Marah Vs Menangis


Anak-anak hatinya paling takut melihat 2 perkara ini berlaku dalam keluarganya:

-------
MARAH
-------
Melihat dirinya atau adik-adik kena marah sebab melakukan kesalahan yang menyebabkan ibu atau ayah tidak puas hati.
Kesannya, anak-anak akan mula berbohong untuk 'menyedapkan' hati ibu bapanya.

Masalahnya adalah apabila ini berlaku mereka akan menyimpan atau pendam kesalahan tersebut sehingga 'terlupa' kesalahan itu menjadi lebih kronik di masa hadapan.

-------
MENANGIS
-------
Jiwa anak-anak sangat lembut dan putih seperti tahu. Apabila mereka melihat kita menangis terutama disebabkan oleh kelakuan dan kenakalan mereka, anak-anak ini secara lahiriah akan merasa serba salah apabila melihat situasi ini berlaku.

Kesannya, mereka akan cuba berbuat baik untuk 1...2 hari dan kembali semula kepada kenakalannya.

Lumrah anak-anak untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan kita mungkin kadang-kadang niat mereka hendak berseronok tetapi mungkin cara mereka salah. - Liyana Malek

---
Didik dan asuh anak-anak dengan lebih mudah apabila mengenali bahasa mereka. Dunia anak-anak mudah jika kita mengetahui cara yang betul dan berkesan.
Klik-->>http://kenalibahasaanak.blogspot.com/


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - Anak Mengamuk, Ibu Bapa Tantrum


Anak Mengamuk, Ibu Bapa Tantrum.

Apabila anak-anak mengalami 'tantrum' atau mengamuk, ibu bapa seharusnya 

----------- CONNECT -----------------

'Connect' bermaksud memahami sebab anak-anak mengamuk.

Ramai ibu bapa apabila berdepan dengan situasi anak mengamuk, mereka juga turut mengamuk. Ini yang menyebabkan perkara yang remeh boleh jadi sangat serius.

Bagaimana cara menyelesaikannya?

===========
TENANG
===========
Ibu bapa seharusnya bertenang dalam menghadapi situasi ini. Tarik nafas....Lepaskan secara perlahan...

===========
FOKUS
===========
Fokus kepada penyelesaian mengamuk yang sedang dihadapi. Ramai ibu bapa terlalu fokus kepada punca anak-anak mengamuk sehinggakan ibu bapa yang lebih 'mengamuk' daripada anak-anak.

Memarahi anak-anak belum tentu boleh menyelesaikan masalah tetapi bersama-sama fokuskan solusinya, itu lebih baik.

==========
Kawal
==========
90% ibu bapa gagal mengawal amukkan anak-anak adalah kerana salah menggunakan kata-kata. Penggunaan ayat yang betul adalah penting dalam membantu emosi anak-anak.

--
Kuasai lebih banyak ilmu tentang anak di sini:

Klik --> http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

Baca, Faham. Praktikkan.

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach