KENALI LIYANA MALEK

Jurulatih & Pakar Emosi Kanak-Kanak

Liyana Malek memulakan latihan dan pengalaman menjadi pakar dalam bidang kanak-kanak hiperaktif di dalam salah sebuah taman didikan kanak-kanak dan taman asuhan kanak-kanak bermula pada tahun 2003.

Pada ketika itu, Liyana Malek baru berusia 13 tahun. Tujuan beliau memulakan perniagaan tersebut adalah untuk mengisi masa lapangnya sebelum sesi ke sekolah.

Liyana Malek merupakan seorang yang sangat aggresif  dan komited dalam melakukan sesuatu perkara. Bakat yang dimiliki oleh Liyana Malek telah berjaya menyelesaikan pelbagai cabaran dalam mengendalikan perniagaan tersebut pada usia yang muda.

Antara bidang cabaran yang diharungi oleh Liyana Malek adalah:
  • Pemakanan kanak-kanak.
  • Pengurusan ibubapa dan pekerja.
  • Sentuhan kanak-kanak.
Cabaran-cabaran ini telah banyak mematangkan Liyana Malek dalam menguruskan emosi anak-anak terutama hiperaktif.



Dengan rekod cemerlang yang dimiliki serta kepakaran dalam bidang kanak-kanak hiperaktif yang luar biasa, Liyana Malek lebih giat membantu dengan berkongsi lebih ramai ibu bapa untuk memiliki anak-anak yang luarbiasa 'energy', tindakan dan emosi. Seperti kata pepatah,'Mencegah lebih baik daripada mengubati'.

Pengalaman Liyana Malek selama lebih 7 tahun dalam bidang anak-anak hiperaktif  telah membawa kredibiliti beliau sebagai seorang pakar kanak-kanak ke tahap yang lebih tinggi apabila telah berjaya membantu ramai ibubapa di taman didikan kanak-kanak dan taman asuhan kanak-kanak yang mempunyai anak-anak hiperaktif.

Dalam tempoh  selama 7 tahun penuh makna dan menempa banyak kejayaan Liyana Malek telah merangkul pelbagai anugerah individu bagi prestasi dan kejayaan beliau dalam bidang-bidang seperti:
  • Emosi kanak-kanak.
  • Kepimpinan.
  • Pengurusan.
  • Keusahawanan.

Pada tahun 2010, Liyana Malek telah mengambil langkah berani dengan menjual semua aset perniagaannya untuk meneruskan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi.

Aset terhebat yang telah beliau bawa bersama adalah pengalaman dan kerja keras yang diperolehi selama lebih 7 tahun, untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan kepakaran beliau dalam pengurusan emosi anak-anak.

Follow Liyana Malek di Google+, Twitter, Facebook dan Linkedin.