Liyana Malek - Latih Anak Bercakap



Anak-anak yang berusia 3 tahun dan ke bawah, mereka sangat bersemangat untuk bercakap.
Apabila kita bercakap dengan mereka gunakan bahasa yang mudah. Sentiasa melafazkan kata-kata dengan ringkas.

3 rangsangan untuk melatih anak bercakap:

1. Berikan ruang dan peluang.
Apabila anak berinteraksi untuk bercakap dengan kita, dengar dan lihat pergerakan mata, tangan dan mukanya. Ia adalah salah satu cara komunikasi anak.

2. Mata dan telinga kita
Mata sentiasa memberikan reaksi yang menyeronokkan dan telinga mendengar dengar telit. Ini sebagai tanda sokongan kita kepada anak-anak.

3. Lidah
Lidah anak-anak masih lembut. Maka adalah lebih baik untuk melatih mereka menggunakan ayat-ayat pengulangan seperti mama, papa. Malah, 2 suku kata terlebih dahulu seperti adik, makan, minum juga membantu menguatkan lidah mereka.

Anak-anak berusia 0-4 bulan:
Anak-anak meniru bunyi-bunyian yang mereka suka malah pada usia ini mereka berlatih mendengar nada yang sesuai dengan mereka.

Anak-anak berusia 4-7 bulan:
Mereka berlatih mengomel sendirian. Penggunaan huruf B,D dan M banyak digunakan oleh anak kerana huruf ini kerap digunakan dalam kebanyakan komunikasi kita dengan mereka.

Anak-anak berusia 7-12 bulan:
Banyak mengeluarkan bunyi seperti 'uuhh' dan kebiasannya mula mengeluarkan perkataan yang pertama terutama apabila harijadi anak ini akan tiba.

Anak-anak berusia 12-18 bulan:
Perkataan anak-anak ini semakin banyak disebutkan. Selalunya mengabungkan 2 suku kata lebih mudah untuk mereka.

Anak-anak berusia 18-30 bulan:
Penggunaan ayat yang lebih banyak terutama 3-5 suku kata dalam bercakapannya.

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert 

Liyana Malek - Harga Sebuah Ciuman


1 ciuman yang sentiasa didambakan oleh anak-anak iaitu ciuman ibu dan ayah. Apalah erti hidup seorang anak pada hari tersebut jika mereka tidak mendapatkan ciuman seorang ibu dan ayah. Mereka merasa sangat kosong jiwa dan hati malah minda anak-anak ketandusan cinta.

Pengalaman saya sebagai pakar kanak-kanak melebihi 7 tahun dalam membantu ibu bapa menguruskan tenaga anak-anak untuk mengelakkan ibu bapa menjadi tarzan melihat perbuatan ciuman adalah satu tindakan yang wajib dilakukan oleh ibu bapa yang mempunyai anak.

99% cara yang paling efektif untuk anak-anak berkomunikasi tanpa berkata-kata adalah ciuman kerana ini adalah cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan.
Ciuman kepada anak-anak adalah lambang kasih-sayang, cinta dan kerinduan seorang anak kepada ibu bapa.

Perasaan anak perempuan untuk dicium adalah 80% lebih tinggi kerana anak perempuan cenderung untuk dibelai dengan kata-kata yang lembut dan ciuman serta pelukan setiap hari sebelum tidur. Anak-anak yang tidak mendapat ciuman ayah dan ibunya setiap hari mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapatkan ciuman daripada orang lain kerana ciuman membentuk jambatan mental, emosi, fizikal dan pskologi anak-anak setiap hari.

Menurut kajian perubatan, anak-anak yang mendapat ciuman oleh ibu bapanya mempunyai sistem imunisasi badan yang lebih baik dan otak anak-anak menerima satu signal yang merangsang hati untuk merasa kasih-sayang yang terjalin antara mereka dan ibu bapa. Terdapat 5 situasi utama yang memberikan signal positif untuk anak-anak mendapat ciuman yang berkualiti.
1. Sebelum ibu bapa pergi kerja.
2. Semasa ibu bapa pulang ke rumah.
3. Ketika anak-anak sedang mengamuk, sedih atau merajuk.
4. Selepas solat.
5. Sebelum tidur.

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach 

Liyana Malek - Inspirasi Seorang Ibu : 8 patah perkataan mengubah hidup seorang anak


Izinkan saya perkenalkan diri saya. Nama diberikan ialah Nur Liyana Binti Abd Malek atau lebih di kenali sebagai Liyana Malek. 
Kepakaran saya adalah membantu ibu bapa menguruskan energi anak-anak untuk mengelakkan ibu bapa bertukar menjadi tarzan. 

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dilimpahi banyak kebahagiaan perhubungan bersama ibu bapa dan adik-beradik tercinta. Kejayaan demi kejayaan hadir dalam karier saya sebagai Pengasas dan Ketua Eksekutif kepada Inspire Human Capital Development Sdn. Bhd. Sejak tahun 2007, saya telah membantu lebih 500 emosi anak-anak terutama hyperaktif, murung dan pendiam menerusi penglibatan saya menguruskan tadika dan taska milik saya suatu ketika dahulu. Emosi hiperaktif terutamanya mampu diselesaikan menerusi 5 sentuhan iaitu CINTA yang diformulakan oleh saya sendiri berdasarkan pengalaman dan ilmu yang dimiliki. 

Tapi sebelum ini hidup saya bukan sehebat dan sebahagia seperti sekarang. Pernah suatu ketika dalam hidup saya, saya betul-betul kehilangan panduan dan matlamat hidup. Saya tidak faham dan keliru mengapa saya di lahirkan di dunia ini sehingga pada satu tahap saya menyalahkan takdir dan ibu bapa saya. Apa yang saya inginkan adalah duit semata-mata ketika itu. Saya tidak faham erti memberi. Saya terlalu mengejar duit dan duit dan duit. Semakin saya bekerja kuat mendapatkan duit yang banyak semakin saya 'hilang' diri saya. Hubungan dengan keluarga, saya pandangan remeh dan adik-beradik saya buat tidak kisah. Kami selalu bergaduh dan bertengkar. Ada sahaja perkara yang tidak kena antara kami sekeluarga dan hubungan dengan saudara seperti tidak penting dalam hidup saya. 

Sehinggakan pada tahun 2009, di pagi hari Ahad yang sangat baik cuacanya pada ketika itu, ibu bertanya kepada saya , "Along, what you really wants in your life?" dan saya duduk sejenak dan berfikir. Akhirnya, saya mempunyai jawapan kepada pertanyaan tersebut.