Liyana Malek - Langkah Demi Langkah

Kredit: St. Stone
Sewaktu anak-anak mula menunjukkan perkembangan motor pergerakan, kita sebagai ibu bapa sentiasa memberi motivasi dan dorongan yang tinggi. Ini agar anak-anak tersebut pandai mengensot, merangkak, berjalan dan akhirnya berlari dengan yakin dan bergaya.

Tetapi sebaliknya berlaku setelah kanak-kanak mula meningkat dewasa. Ibu bapa kurang memberi perhatian mungkin kerana sibuk dengan urusan dan tanggungjawab lain sehingga anak-anak merasakan mereka dipinggirkan. Anak-anak merasa mereka sudah mula tidak sayangi oleh ibu bapanya.

Oleh yang demikian, anak-anak akan melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian ibu bapa. Antaranya:

1)    Menjadi aggresif sehingga di luar kawalan.

2)    Menjadi sangat pasif kepada orang luar dan juga di dalam rumah.


Bagaimana hendak menyelesaikannya?

1)   Bercakap atau berkomunikasi dengan anak-anak walaupun dalam masa 5-10 minit.

2)   Memberitahu betapa pentingnnya anak-anak tersebut kepada ibu bapanya.

3)   Sentiasa berkomunikasi dengan guru mereka dan melihat prestasi anak dari segi fizikal 
      dan juga emosinya.


Walau apa pun yang berlaku, hayati la bibit-bibit ayat ini: ANAK ADALAH ANUGERAH


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - Anak Saham Dunia dan Akhirat

Kredit: fanpop.com

Kita manusia yang bernafas dimuka bumi ini adalah ciptanNya. 

Seperti di dalam surah Al-'Alaq 96:2 yang bermaksud, 'Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah'. Begitu juga dengan anak yang kita lahir dan besarkan. Mereka juga adalah dari segumpal darah.

Setiap yang bernyawa pasti akan kembali menemuiNya. Begitu juga dengan kita. Hanya yang masih hidup akan mendoakan yang telah pergi. Salah satu saham kita yang masih tinggal adalah anak-anak.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

1)   SEDEKAH JARIAH
       Segala yang kita telah berikan semasa kita hidup akan dihitung secara berterusan    
       semasa kita telah tiada. Malah, sedekah dan amal jariah yang berterusan dilakukan oleh 
        anak-anak juga akan membantu kita di dalam kubur.

2)    ILMU YANG BERGUNA DAN BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
       Anak-anak yang didik dengan baik semasa kecil dipenuhi dadanya dengan ilmu yang     
       berguna kepada orang lain adalah salah satu aset kita ketika di sana. Ilmu adalah sangat   
       penting dalam membantu anak-anak kita untuk terus membesar dengan suasana yang    
       lebih baik dari semasa ke semasa.

3)    ANAK YANG SOLEH
       Anak-anak yang didik dari kecil dengan penuh kasih sayang, ilmu agama dan amalan- 
       amalan yang mulia akan membantu menerangi ibu bapa mereka dengan doa dan amalan 
       baik yang berterusan.

Walaupun anak-anak ini masih kecil, tetapi pendedahan tentang ilmu dan sikap yang baik dari ibu bapa akan membantu anak-anak untuk lebih menyangi ibu bapa mereka.

Sayangilah anak-anak dan curahkan kasih sayang yang tidak terhingga kepada mereka.
ANAK-ANAK ADALAH HARTA IBU BAPA DUNIA DAN AKHIRAT.


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - Tips Tawan Emosi Anak


Anak merupakan anugerah Illahi yang sangat bernilai untuk para ibu bapa. Anak-anak adalah tunjang kepada kekuatan dan kebahagian sesebuah keluarga. Kita seharusnya senantiasa bersyukur kerana anak merupakan suatu rezeki yang dikurniakan darinya.

Ya lah, berapa ramai orang yang telah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat? Jawapannya, terlalu ramai dan terlampau banyak yang masih mencuba dan mencuba untuk mendapatkan cahaya mata. Pelbagai cara yang mereka lakukan untuk mendapatkan zuriat. Jadi, kita yang telah dikurniakan zuriat seharusnya menjadi lebih kuat dalam menjaga, mendidik dan mengasuh mereka.

Betul, apabila kita lihat, anak-anak menjadi lebih aggresif dan kadang-kadang kita merasakan anak-anak kita sangat nakal atau 'hyperactive'. Sebenarnya menurut kajian yang dijalankan, punya anak-anak menjadi aggresif adalah disebabkan emosi mereka.

Emosi? Ya betul, walaupun mereka masih kecil tetapi anak-anak ini mempunyai tahap sensitiviti emosinya adalah tinggi. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa adalah sangat penting untuk memahami emosi mereka agar kita dapat menguruskan emosinya dengan cara yang sangat halus. Antara tips yang boleh kita kongsi untuk menguruskan emosi anak-anak adalah:

1)    Sentiasa senyum dengan anak-anak.

2)    Berikan pelukan yang sangat erat kepada mereka.


3)    Cium mereka dengan penuh kasih sayang.


4)    Luangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.


5)    Bekalkan anak-anak dengan ilmu-ilmu kerohanian.


Walaupun ia nampak remeh pada kita sebagai ibu bapa, tetapi anak-anak kita sangat mendahagakan perkara-perkara tersebut.

Sekian dahulu perkongsian saya hari ini. Esok saya akan berkongsi dengan anda lebih banyak tips untuk kita sebagai ibu bapa untuk menangani emosi anak-anak.


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach