Liyana Malek - 'Mix & Match'


Saya pakai baju.
Kita pakai baju dan
Semua orang pakai baju termasuk anak-anak.

Dalam mendidik anak-anak masa yang berkualiti sangat penting sama seperti kita yang perlu sentiasa berpakaian di mana-mana. Walaupun kita orang paling 'sibuk' dalam dunia ini tetapi masa kita dengan anak juga hendak di ambil kira.

Masalahnya kita mungkin bersama anak-anak 24 jam 7 hari seminggu tetapi kita sebenarnya tidak mempunyai masa yang berkualiti dengan mereka walaupun 5minit.
Persoalannya bagaimana untuk memberikan masa yang berkualiti dengan setiap anak-anak? 


Bagaimana kita mampu meluangkan masa yang berkualiti kepada anak-anak kita? 

Ini jawapannya untuk anda yang mahukan hanya yang terbaik untuk anak-anak.

1. Letakkan matlamat untuk memastikan anak-anak MESTI mempunyai masa bersendirian dengan kita. Hanya ibu atau bapa dengan seorang anak pada satu-satu masa. Walaupun hanya 5 minit. 

Contohnya, ibu keluar menghantar anak yang sulung (Alia) ke sekolah. Pada waktu itu hanya ada Ibu dan Alia sahaja. Masa ini yang digunakan untuk bertanya perkembangan anak ini dari hati ke hati.

2. Anak-anak keluar bersama salah satu daripada ibu atau ayah. Contohnya, ayah membawa semua anak-anak keluar pergi berjogging pada waktu pagi.

Elakkan daripada hanya ayah sahaja yang bawa anak keluar pergi jogging. Sebaik-baiknya, ambil giliran ibu dan ayah. Ini membantu anak-anak untuk memahami peranan ayah dan ibu.

3. Seorang anak bersama-sama kedua-dua ibu bapanya. Ini boleh dilakukan apabila anak-anak yang lain sedang melakukan aktiviti masing-masing.
Contohnya, kita sebagai ibu bapa, pergi melihat dan bertanya dengan angah tentang apa yang dilakukan olehnya hari ini.

** Jika kita mempunyai anak lebih daripada 2, seperti 3, 4 atau lebih, perkara yang sama boleh dilakukan. Ini membantu anak-anak untuk mengenal siapa ibu dan ayahnya yang sebenar-benarnya.

Jadi jika orang lain seperti mak mertua atau jiran atau sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang kita depan anak, anak-anak ini boleh memberikan penjelasan atau mempertahankan siapa ibu dan ayahnya. Mereka boleh menjawap kerana mereka mempunyai masa yang berkualiti dengan ibu bapa dan mereka kenal bagaimana peragai ibu dan ayah.

Malah, ini juga sangat membantu untuk mengelakkan anak-anak 'menganggap' atau berfikir ibu/ayah hanya sayangkan along sahaja. Ibu ayah tidak sayangkan adik atau angah.- Liyana Malek

Layari http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/ untuk ketahui cara komunikasi berkesan dengan anak-anak.



Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - Burung Oh Burung

Kadang-kadang, awal pagi anak meragam untuk pergi sekolah akan menyebabkan kita ingin menggunakan kekerasan kepada anak-anak. Apa kata kita cuba teknik bercerita seperti ini:

"Pada satu hari ada seekor burung terbang dilangit. Burung tinggal dalam sarang burung. 
Ada 2 telur. Bila telur menetas ada 2 baby bird

Baby bird lapar... jadi ummi bird terbang cari cacing. Bila baby bird besar dia belajar terbang and cari makan sendiri. 

Ummi is mummy bird pergi work cari duit untuk bagi makan baby bird. 
Alia baby bird belajar terbang untuk cari makan sendiri..jadi kena pergi sekolah.

Dia terus bangun, ajak mandi dan hendak pergi sekolah...Yeyyy!!!
Ummi pandai!!!
(Terima kasih Ina Munawwarah atas perkongsian ini)

P/S: Jika kita selalu perlu 'berperang' dengan anak-anak untuk pergi ke sekolah, apa kata guna teknik bercerita pula:)
Lebih banyak lagi di http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek- Rahsia Kejut Anak Bangun


Pagi subuh yang indah ini. Jom kita kejutkan anak-anak bangun tidur:
✔ Beri salam kepada anak yang sedang tidur

✔ Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan sambil menyebut namanya.

✔ Buka lampu bilik tidur dan panggil namanya dengan lembut sambil menggoyang kakinya.

✔ Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

✔ Panggillah sayang, manja atau anak. Guna bahasa yang lembut dan sedap didengar.

✔ Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak mama yang baik, anak mama yang soleh, anak mama yang rajin.

✔ Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

✔ InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

P/S: Boleh digunakan untuk suami atau isteri tersayang.

7 Saat Anak Dengar kata.-Dapatkan sekarang! 

Klik-> http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek: 7 Saat Anak Mendengar Kata


Tahukah anda hampir 85% masalah anak-anak terjadi akibat cara komunikasi yang salah dengan mereka?

Anak suka berbohong, tidak bersemangat dan berdisiplin adalah beberapa contoh masalah yang timbul akibat cara komunikasi yang tidak berkesan kepada mereka. Walaupun kita sedar cara komunikasi yang berkesan membantu tumbesaran anak-anak supaya menjadi lebih baik dan anak-anak menjadi insan yang berwawasan dan berkeyakinan tinggi.

Komunikasi yang berkesan mampu mempertingkatkan fokus anak-anak.

Mengapa?

Walaupun anak-anak anda ada yang masih kecil, tetapi fokus mereka perlu dilatih dalam usia yang paling muda agar tahap fokus mereka menjadi lebih tinggi. Malah, penggunaan bahasa yang digunakan oleh anak-anak menjadikan mereka lebih mudah untuk memahami TINDAKAN yang perlu dilakukan dalam masa beberapa minit.

Fokus anak-anak adalah kunci kejayaan mereka. 
Ketahui 3 sebab utama anda bagaimana 7 Saat Anak Boleh Dengar Kata di http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach