Liyana Malek - Terima Kasih

MULAKAN DENGAN SENYUMAN DAN 

UCAPKAN TERIMA KASIH

Berapa ramai ibu bapa acap kali mengucapkan perkataan keramat ini?
Jawapannya: Terletak di mulut anda.

Mengapa?

Walaupun hanya 2 patah perkataan tetapi ayat tersebut sangat sukar untuk dilafaskan dengan mudah kerana ibu bapa sangat luarbiasa dan takut untuk mengeluarkan ayat tersebut. Takut sangat...

HASILNYA....
Anak-anak tidak dapat menghargai setiap pemberian yang diterima dan mereka tidak dapat memaksimumkan kesyukuran tersebut.

Cara penyelesaian:
1)   Pandang mata pihak yang akan diucapkan terima kasih.

2)   Mulakan dengan senyuman dan ucapkan terima kasih dalam apa jua keadaan atau situasi.

3)   Salam/ peluk/ cium pihak yang diucapkan terima kasih kepadanya.

Mudahkan seperti 1...2...3..


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - Tangani Anak Hiperaktif



Sedar atau tidak setiap tutur bicara anda sebagai ibu bapa sangat penting kepada anak-anak?

Anak merupakan satu anugerah yang diamanatkan kepada ibu bapa bukan suatu beban tetapi 

berapa ramai dari anda sedar kepentingan komunikasi yang sangat berkesan dengan anak-anak?

3 punca anak-anak menjadi hiperaktif adalah:


1.    Perkataan yang digunakan oleh ibu bapa.

2.    Bahasa badan yang ditunjukkan oleh ibu bapa.


3.    Sentuhan yang diberikan ibu bapa kepada anak-anak.




Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - 5 Rahsia Bahasa Bayi


Apabila bayi yang berusia 0 sehingga 3 bulan, mereka mempunyai bahasa bayi yang sukar difahami oleh  para ibu bapa. 

Oleh yang demikian, pelbagai cara dan kaedah telah dipelajari untuk memahami bahasa bayi agar memudahkan komunikasi antara bayi dan ibu bapa.

Berdasarkan kajian yang dilakukan adalah 5 bahasa bayi antaranya:

1)    'Neh' yang bermaksud lapar.
2)    'Owh' yang memberi maksud mengantuk.
3)    'Heh' yang membawa erti tidak selesa.
4)    'Eair' ialah 'lower gas' dalam badan.
5)    'Eh' bermaksud sedawa.

Walaupun ia sangat pendek ayat yang digunakan tetapi bayi memerlukan sokongan ibu bapa untuk memahami bahasa mereka.

Selamat mencuba..


Liyana Malek
#1 Malaysia  Children Expert & Coach

Liyana Malek - Kita Lahirkan Anak Patung?

Kredit: Adora Baby Doll


Adakah kita sedar anak-anak yang kita kandung dan lahirkan adalah anak patung?

Anak yang kita lahirkan merupakan suatu anugerah yang diberikan olehNya tetapi kadang-kadang kita alpa atau terlupa yang kita mendidik anak-anak kita seperti anak patung. Kenapa boleh terjadi:

Jawapannya:
Kita serahkan secara total penjagaan dan didikan anak-anak kepada pengasuh atau ama di rumah.


Bagaimana cara penyelesaiannya?
Kanak-kanak sewaktu mereka kecil, mereka sangat memerlukan belaian dan sentuhan ibu bapanya. Anak-anak tidak meminta apa-apa tetapi hanya perlukan sentuhan dan belaian ibu bapa sahaja. 

Kekuatan anak-anak adalah ibu bapa.

Mereka ingin mendengar suara ibu bapa yang mereka rinduinya. Mereka ingin kucupan dari ibu bapa mereka.
Walaupun anak-anak ini tidak melafaskan perkara di atas tetapi gerak tubuhnya menceritakan segala-galanya.

Tindakan yang sangat mudah, belai dan beri sentuhan kepada anak-anak sepanjang tumbesaran mereka.

Sumber Inspirasi anak-anak adalah ibu bapa.

Tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. Tidak perlu merasa malu atau kaget untuk lafaskan kepada anak-anak:

Ibu sayang kamu.
Ayah bangga dengan kamu.
We love you my dear. 

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach