Liyana Malek - 7 Kesilapan Ibu Dalam Mendidik Anak


Mengabaikan reaksi anak-anak dalam pelbagai hal adalah salah satu kesilapan besar ramai ibu bapa setiap masa, tapi jangan risau. Masih tidak terlambat lagi untuk memperbaiki hubungan anda dan anak-anak.

1. Terlalu negatif. 
"Jangan pukul kakak!", "Henti tarik ekor kucing tu!"
Banyak perkara yang anda beritahu anak untuk tidak melakukan sesuatu perkara tidak berkesudahannya. Kita sering memberitahu anak-anak tidak melakukan sesuatu tanpa membiarkan mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan.

2. Mengharapkan terlalu banyak dari anak-anak.
Anda sedang duduk dalam surau, kemudian anak-anak membuat bising. Bila anda diamkan balik, anak-anak buat lagi. Mengapa begitu?

3. Kita sendiri menunjukkan model yang kita tak nak terjadi kepada anak-anak.
Kita nak anak yang baik dan sopan, tapi perangai kita dengan pasangan adalah sebaliknya. Mereka melihat tanpa kita sedari.

4. Kita campur tangan apabila anak-anak membuat sesuatu yang kita tidak sukai.
Anda mendengar anak anda berkejaran dengan adik beradik di rumah, tiba-tiba anda menjerit memarahi mereka.

5. NATO. 'No action talk only.'
"Along, tutup TV tu. Pergi buat kerja sekolah. Karang mak marah nanti."
Anak-anak terus kelakuan buruk apabila amaran yang diberi sudah jelas atas sebab anda sendiri memberi arahan sambil lewa - tidak ada kesan.

6. 'Time-out' yang tidak berkesan.
Apabila anda mengurung anak anda dalam bilik selepas dia memukul adiknya, dia mula menghantuk kepalanya di atas lantai dalam keadaan marah.

7. Menganggap kaedah didik satu anak akan berhasil kepada anak yang lain.

Apa yang penting adalah untuk kita sentiasa memperbaiki kesilapan kita dan sentiasa menambah ilmu memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert 

No comments:

Post a Comment