Liyana Malek - Guru Masuk Islam Kerana Bicara Anak



Terdapat seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun, berpuasa di bulan Ramadhan walaupun pada usia ini tidaklah menjadi satu kewajipan kepadanya. Apabila anak kecil ini ke tadika, semasa makan tengah hari di tadikanya, semua anak-anak lain yang sebayanya keluar kelas untuk menikmati makanan yang telah disediakan kecuali dirinya sahaja atas sebab berpuasa.

Apabila anak ini duduk di dalam kelas dan menyiapkan kerjanya, seorang guru yang beragama lain menghampiranya lalu berkata,' Jom, makan sayang.' Anak itu menjawab,'Saya puasa.' 

Gurunya merasakan anak ini terlalu muda untuk berpuasa maka ia tidak perlu dan anak ini boleh makan walaupun sedikit. Tetapi anak ini tetap berkeras untuk tidak mahu makan.

Guru itu  berkata kepadanya,' Mama dan papa kamu tidak melihat kamu makan sayang. Tidak mengapa untuk makan sedikit. Tiada siapa melihatnya.' Maka anak itu terus menjawab,' Saya berpuasa bukan kerana mama atau papa tetapi kerana Allah saya puasa.'

Kenyataan anak ini yang ringkas tetapi menusuk kalbu guru ini memberi sinar dan rahmat kepada guru yang beragama lain untuk memeluk Islam. Subhan'ALLAH. Hebat!.

Hidayah Allah diberikan kepada sesiapa sahaja yang dipilih olehNya.


Liyana Malek 
#1 Malaysia Children Expert & Coach 

Liyana Malek - Pelukan Cinta Anak



Adakah kita sedar anak-anak memerlukan vitamin yang tidak perlu diberi makan tetapi vitamain yang perlu diberi sentuhan. Sentuhan seperti pelukan dan ciuman membantu anak-anak untuk kekal bertenaga seharian di rumah.

Mengapa pelukan itu penting pada anak-anak?

-------------------
4 kali pelukkan sehari
--------------------
Menyumbang kepada kestabilan emosi anak pada kadar yang minimum. Ini membantu menenangkan emosi anak agar sentiasa dalam keadaan yang stabil.

--------------------
8 kali pelukkan sehari
---------------------
Memberi dan menambahkan pengukuhan emosi anak dengan lebih baik dan anak menjadi seorang yang lebih berani apabila berada di khalayak ramai seperti sekolah dan di atas pentas. 
Mengapa?
Anak yang mendapat pelukan yang secukupnya, menjadikan dirinya berkeyakinan tinggi untuk menghadapi cabaran setiap hari.

----------------------

12 kali pelukkan sehari
---------------------- 
Membentuk dalaman anak secara positif dan seterusnya menjadikan mereka anak yang mendengar kata dan berkelakuan baik secara total. Ini sangat bagus terutama apabila anak-anak dalam emosi yang tidak tenteram seperti takut atau getar dalam menghadapi sesutu keadaan seperti peperiksaan dan pertandingan.

Waktu bila kita seharusnya peluk anak?

1. Selepas bangun tidur.
2. Sebelum pergi sekolah.
3. Selepas balik sekolah.
4. Sebelum tidur.
5. Apabila emosi anak takut, sedih.
6. Apabila emosi anak seronok atau gembira.
7. Selepas mandi.
8. Sebelum keluar rumah.
9. Sebelum keluar daripada kereta.
10. Apabila anak-anak kecil ini sedang tidur.
11. Depan adik-beradiknya.
12. Apabila menghadapi masalah/situasi.

Apabila jiwa anak merasa tenang selepas kita memeluk dengan penuh perasaan kasih dan sayang, anak-anak lebih mudah untuk meneruskan aktiviti seharian mereka dengan lebih efektif dan produktif.

Liyana Malek 
 #1 Malaysia Children Expert & Coach