Liyana Malek - Anak Bosan Ke Sekolah


Saya pernah berjumpa seorang anak perempuan ini. Dia murung sahaja. Ini menyebabkan saya terangsang untuk mendekati anak ini. Dia memberitahu saya yang dia sangat lemah disekolah walaupun ibunya sentiasa menemaninya selama 4 jam setiap hari untuk menyiapkan kerja sekolah. 

Adik suka duduk dengan ibu belajar sama-sama?, tanya saya kepada anak ini dan dia menjawab, tidak. Saya amat pelik dan bertanya lagi, 'kenapa adik tidak suka belajar dengan ibu?'
Anak ini menjawab, ibu garang dan saya jadi takut.

Semakin lama saya berbual dengan anak kecil ini, dia pun memberitahu yang anak ini sangat suka menari tetapi ibunya tidak membenarkan dirinya untuk belajar menari kerana untuk memberi tumpuan dalam pelajarannya. Malangnya, tahap akademik tidak berubah sehingga ibunya memarahi dan suka berleter kepadanya.

Apa yang terjadi dengan anak ini menyebabkan dia sangat stress kerana minatnya di halang oleh ibunya. Adakah ibunya yang silap? Atau anaknya yang tidak pandai?

Sebenarnya, anak-anak ini mempunyai tekanannya yang tersendiri. Di sekolah ,mereka penat dengan aktiviti yang telah ditetapkan sehingga balik rumah pun mereka masih perlu menyiapkan kerja sekolah. Penat mereka tidak dapat dilepaskan sepenuhnya sehingga menyebabkan mereka mudah merasa sangat bosan ke sekolah. Jadi apa yang boleh kita lakukan adalah:

1. Cari apa minat anak-anak yang mereka suka lakukan contohnya melukis.
2. Dorongkan minat mereka dengan lebih serius seperti masukkan ke kelas melukis

Ini kerana penat atau bosan anak-anak dapat dilepaskan melalui aktiviti yang mereka suka. Malah, secara tidak langsung pencapaian yang mereka dapat melalui aktiviti yang mereka suka menjadi pendorong untuk anak-anak terus sukses dalam pelajarannya. Menurut kajian, anak-anak yang berjaya mencapai sesuatu kejayaan dalam aktiviti yang mereka suka membantu merangsang anak ini untuk menjadi lebih berani mencuba sesuatu yang lebih sukar seperti akademiknya.

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert