Liyana Malek - Inspirasi Seorang Ibu : 8 patah perkataan mengubah hidup seorang anak


Izinkan saya perkenalkan diri saya. Nama diberikan ialah Nur Liyana Binti Abd Malek atau lebih di kenali sebagai Liyana Malek. 
Kepakaran saya adalah membantu ibu bapa menguruskan energi anak-anak untuk mengelakkan ibu bapa bertukar menjadi tarzan. 

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dilimpahi banyak kebahagiaan perhubungan bersama ibu bapa dan adik-beradik tercinta. Kejayaan demi kejayaan hadir dalam karier saya sebagai Pengasas dan Ketua Eksekutif kepada Inspire Human Capital Development Sdn. Bhd. Sejak tahun 2007, saya telah membantu lebih 500 emosi anak-anak terutama hyperaktif, murung dan pendiam menerusi penglibatan saya menguruskan tadika dan taska milik saya suatu ketika dahulu. Emosi hiperaktif terutamanya mampu diselesaikan menerusi 5 sentuhan iaitu CINTA yang diformulakan oleh saya sendiri berdasarkan pengalaman dan ilmu yang dimiliki. 

Tapi sebelum ini hidup saya bukan sehebat dan sebahagia seperti sekarang. Pernah suatu ketika dalam hidup saya, saya betul-betul kehilangan panduan dan matlamat hidup. Saya tidak faham dan keliru mengapa saya di lahirkan di dunia ini sehingga pada satu tahap saya menyalahkan takdir dan ibu bapa saya. Apa yang saya inginkan adalah duit semata-mata ketika itu. Saya tidak faham erti memberi. Saya terlalu mengejar duit dan duit dan duit. Semakin saya bekerja kuat mendapatkan duit yang banyak semakin saya 'hilang' diri saya. Hubungan dengan keluarga, saya pandangan remeh dan adik-beradik saya buat tidak kisah. Kami selalu bergaduh dan bertengkar. Ada sahaja perkara yang tidak kena antara kami sekeluarga dan hubungan dengan saudara seperti tidak penting dalam hidup saya. 

Sehinggakan pada tahun 2009, di pagi hari Ahad yang sangat baik cuacanya pada ketika itu, ibu bertanya kepada saya , "Along, what you really wants in your life?" dan saya duduk sejenak dan berfikir. Akhirnya, saya mempunyai jawapan kepada pertanyaan tersebut. 

Ya, memang saya inginkan duit dan bercakap. Semua orang memerlukan duit juga. Itu perkara normal tetapi jauh disudut hati saya sebenarnya saya merasa sangat tenang melihat kebahagiaan pada raut seorang anak kecil yang tersenyum gembira apabila memandang kita. Itu adalah kepuasaan dan nilai yang paling besar dalam hidup saya. Melihat anak-anak tersenyum dengan panahan mata yang bersinar mampu membunuh setiap hati orang yang melihatnya. Sangat menenangkan. 

Masa saya berfikir ketika itu, ibu tengah mengemas surat khabar Metro yang telah "expired". Ibu terlihat helaian satu program, 'Seminar Kenali Potensi Diri' dan terus meminta saya hadir ke program tersebut dengan bayaran RM50 seorang. Saya yang melihat ia bukan satu ancaman terus bersetuju dengan ditemani oleh adik saya untuk menghadiri program tersebut.

Semasa tiba di program ini di Dewan MCA , saya terdengar makcik-makcik dan nenek bercoleteh tentang program tersebut. Mereka berpesan sesama sendiri,'Masa buka pintu kena cepat-cepat lari tau'. Saya yang hanya senyap dan tidak faham apa yang cuba dibicarakan menggangkukkan kepala tanda setuju. Masih segar diingatan saya, hingar-bingar pada ketika itu orang ramai berlari semasa pintu dibuka. Memang sangat terkesima saya sebentar. 

Setelah itu, pengacara majlis keluar dan membuat sedikit aktiviti sangat gembira sebab merasakan seperti di tadika. Seronok sangat! Apabila pengacara mempersilakan seseorang keluar ke pentas, satu tepukan gemuruh bergema di dewan. Saya sangat terpegun kali kedua. Rupa-rupanya seorang lelaki berbadan besar seperti gajah keluar dan memperkenalkan dirinya sebagai Dr Azizan Osman. 

Semakin lama beliau cakap di atas pentas, semakin saya mendapat inspirasi dan memahami potensi sebenar dalam hidup saya. Saya wow! kali ketiga. Kata-kata beliau seperti mutiara yang keluar dari mulut gajah. Sangat bernilai tinggi kepada emosi dan jiwa saya. Setelah habis SKPD, saya terus mendaftar ke program IMKK dan seterusnya Marketing & You, RKMJ, IJI, TTT, AMP dan sekarang MYB. 

Setiap program yang dianjurkan sangat membantu dalaman diri saya untuk lebih memahami "passion" dan matlamat hidup saya dengan jelas. Ini menyebabkan saya bertekad melakukan apa yang saya lakukan sekarang iaitu membantu para ibu bapa menguruskan energi anak-anak agar ibu bapa lebih bahagia dan anak-anak merasakan dirinya dihargai dan disayangi. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Azizan Osman, Jerry Zafrul Rizal Mat dan Hajah Yasmin Mohd Ramzi dan semua staff Richworks atas ilmu yang di kongsikan yang menjadi pencetus menarik lebih banyak magnet kejayaan, kebahagiaan, kekayaan, kesihatan dan keberkataan dalam hidup saya. Setiap ibu bapa adalah mentor utama kepada anak-anak yang membuka lebih banyak peluang dalam kehidupan mereka dan mendorong mereka menjadi lebih berjaya dunia dan akhirat. Anda adalah ibu bapa yang hebat sebab anda memiliki anak-anak yang luar biasa hebat. Sebarang pertanyaan berkaitan emosi anak-anak u boleh berhubung terus dengan saya di liyanamalekofficial page.

Nukilan pengalaman, 
Liyana Malek 
http://www.liyanamalek.com/

No comments:

Post a Comment