Liyana Malek- Kemutan Anak


Kemutan anak penting. Penting untuk mengikat tali kasih sayang. Kasih sayang antara ibu bapa dan anak. Kemutan anak dapat diperolehi melalui rangsangan. Rangsangan anak adalah dari sentuhan. Sentuhan kata, bahasa dan pergerakan tubuh badan menjadikan mereka membesar dengan lebih sihat,kuat dan kasih sayang bertambah akrab.

Kasihnya ibu dibawa ke syurga, kasihnya bapa kekal abadi. Apabila anak-anak mendapat sentuhan dan kemutan yang betul, anak-anak menjadi lebih berdikari dan bersemangat untuk terus ke hadapan. Apa yang penting adalah rangsangan seperti di sendi-sendi anggota badan. Mengapa?

Anak-anak mudah merasa penat dan bahagian sendi-sendi merupakan bahagian yang paling banyak digunakan oleh mereka. Lembutkan dengan memberi sentuhan urutan yang lembut dan berulang-ulang. Lakukan sekerap yang boleh dan anak-anak menjadi lebih akrab dan rapat dengan kemutan cinta ibu bapa. Kenali bahasa anak-anak menjadikan ibu bapa lebih mudah berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka.

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - 1 Dunia 1 Kebahagian



Anak-anak memang sentiasa dinasihati dan mereka juga menasihati kita sebagai ibu bapa. Dalam hidup, kita sentiasa saling berpesan-pesan dan tegur-menegur untuk kebaikan. 

Sikap manusia takut ditegur. Takut dilabelkan orang yang tidak pandai. Tetapi sebenarnya apabila kita ditegur oleh orang disekeliling kita termasuk anak kita sendiri, sebenarnya kita disayangi oleh mereka. Sebab mereka sayangkan kita, mereka tegur untuk kebaikan.
Sebab itulah dalam Surah Al-Asr Allah ada sebut:
Berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran....

Sekiranya hari ni kita menegur anak orang lain bukan bermakna anak kita sempurna. Harapannya ialah supaya apabila nanti, anak kita buat sesuatu yang tidak kena ada orang lain yang ambil berat dan menegur anak kita pula.

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach