Liyana Malek - Perkongsian Kenali Bahasa Anak

Perkongsian apa yang anda akan pelajari untuk Seminar Kenali Bahasa Anak April 2013.



DAFTAR SEKARANG! DI SINI

Kenali anak anda dengan bahasa yang mereka sampaikan.
Kenali anak anda dengan potensi yang ada dalam diri mereka.
Kenali anak anda dengan lebih mendalam di Seminar Kenali Bahasa Anak.


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - Kenali Bahasa Anak



Tahniah! Anda ibu bapa yang LUARBIASA


ANDA SEBAGAI MANUSIA SEBENARNYA BOLEH:

  • Menjalinkan hubungan yang mesra melalui percakapan.
  • Menguasai cara sampaikan maklumat kepada orang lain.
  • Setiap bercakapan membawa diri anda ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Menambah keyakinan diri dalam setiap perbualan yang dilakukan.
  • Menunjukkan bahasa tubuh yang betul ketika bercakap dengan orang lain.
  • Membuatkan anak-anak dan keluarga tidak sabar mendengar kata-kata anda.
  • Sentiasa disenangi keluarga dan orang sekeliling kerana anda menjadi sumber inspirasi.


Tetapi APA yang terjadi apabila kita tidak mengenali bahasa anak, kita sebenarnya sedang menghalang potensi sebenar anak-anak untuk terus LUARBIASA berjaya, LUARBIASA bahagia dan LUARBIASA kasih sayangnya. Antara penghalang utama:-

9 MASALAH UTAMA YANG MENGHALANG POTENSI SEBENAR ANAK ANDA:

  • Tidak memahami bahasa yang disampaikan oleh anak.
  • Tidak tahu cara untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada anak.
  • Tidak tahu cara untuk mendidik anak ke tahap yang lebih tinggi.
  • Tidak/kurang membuat atau menggunakan teknik dalam mendidik anak.
  • Tidak/ kurang bertanya dan meminta bantuan pakar kanak-kanak.
  • Tidak/kurang mempunyai masa yang berkualiti dengan anak-anak.
  • Tidak/kurang menghadiri seminar-seminar pengurusan anak dan keibubapaan. 
  • Tidak mengetahui cara berkomunikasi yang sesuai dengan anak-anak.
  • Tidak tahu cara untuk membuatkan anak sentiasa seronok ketika bersama mereka.

Kenali anak anda dengan bahasa yang mereka sampaikan. 
Kenali anak anda dengan potensi yang ada dalam diri mereka.
Kenali anak anda dengan lebih mendalam di Seminar Kenali Bahasa Anak.

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - Kita Ada 3 Jenis Air Mata?


Ha! 3 jenis air mata?
Ya, betul. 

Kanak-kanak ataupun kita semuanya mempunyai 3 jenis air mata. Jom mari kita baca sama-sama:


Jenis air mata #1:
Air mata Basal. Ia berfungsi untuk menjadi pelincir kepada bola mata untuk bergerak secara teratur.

Jenis air mata #2:
Air mata Reflek. Ia akan hanya terhasil apabila tindak balas oleh benda yang membuat mata rasa terganggu. Contohnya seperti habuk, bawang dan sebagainya.

Jenis air mata #3:
Air mata Emosi. Air mata ini akan mengalir apabila kita dalam keadaan yang mempunyai emosi seperti gembira, sedih malah ketawa. Air mata ini mempunyai khasiat.
Wah! menangis pun ada khasiatkan. Indah ciptaanNya.

Khasiatnya adalah zat Magan dan hormon prolaktin yang tinggi semasa menangis.
Apabila kita menagis dalam keadaan emosi yang sedih, gembira ataupun ketawa, khasiat dan hormon tersebut membantu menstabilkan atau meredakan tubuh badan.


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - 5 Kunci Saya Suka Pergi Ke Sekolah



Anak-anak berusia 4-7 tahun selalunya akan menghadapi cabaran untuk pergi ke sekolah. Terutamanaya apabila hari Isnin sebab sudah 2 hari cuti (Sabtu & Ahad). Mereka akan menangis, meronta-ronta malah ada yang tidak mahu bangun ke sekolah atau sengaja mengelak untuk datang ke sekolah.

Macam mana nak naikkan semangat mereka semula? 

5 Kunci Kejayaan Anak-Anak Pergi Ke Sekolah:

1. Sentiasa beri pesanan pada kanak-kanak.
Pesan pada setiap hari Jumaat selepas balik sekolah bahawa Isnin hari sekolah. Jumpa kawan-kawan dan berlajar supaya boleh jadi pandai, kaya, dan duduk dengan ibu ayah.

2. Jadi 'Spy' kepada anak-anak.
Tanya pada guru di sekolah apa yang dilakukan oleh anak kita. Bagaimana prestasi sikap, pergaulan dan cara komunikasi anak-anak. Ini untuk melihat perkembangan anak-anak dari segi emosi, tenaga dan tindakan anak-anak. Jika perlu, datang ke sekolah anak-anak sesekali tanpa memberitahu mereka. Kita boleh menghubungi pihak sekolah dari semasa ke semasa.

3. Berikan pujian kepada mereka.
Kanak-kanak suka kepada pujian oleh guru dan kawan-kawan serta ibu bapa mereka. Kanak-kanak lagi suka dan berbungga hati mereka apabila kita memuji mereka depan guru-guru atau kawan-kawan. Ini memberi inspirasi kepada anak-anak untuk sentiasa pergi ke sekolah.

4. Murahkan pelukan dan ciuman kepada anak-anak.
Sentiasa peluk dan cium anak-anak kita sebelum hantar mereka ke sekolah. Malah, apabila mereka pulang dari rumah, peluk dan cium mereka. Jadikan ia sebagai satu 'habit' atau perkara wajib yang mesti dilakukan bersama anak-anak. Ini memberikan kekuatan kepada mereka untuk menjadi seorang yang berdikari tetapi pada masa yang sama mereka dapat merasai kita dekat dengan mereka.

5. Jadi pendengar yang baik kepada anak-anak.
Cari jalan supaya anak-anak boleh bercerita dan meluahkan segala isi hati mereka di sekolah kepada kita. Ini membantu kita untuk sentiasa memahami dan mengetahui setiap perkembangan anak-anak yang berlaku ketika di sekolah.


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - 7 Rahsia Anak Kita Adalah Hiperaktif




Ingin ketahui adakah anak-anak kita mempunyai ciri-ciri hiperaktif?


Jom mari kita audit:

1.   Tidak boleh membertahan dalam tempoh yang lama untuk menyelesaikan tugasan atau 

      perkara yang diberikan. 
      Contohnya: Menyiapkan kerja sekolah, bermain bersama adik-beradik. Walaupun tugasan    
                          yang diberikan berbentuk permainan sama ada di sekolah atau rumah tetapi     
                          masih tidak boleh bertahan dalam jangka masa yang lama.. 

2.    Sangat mudah hilang fokus apabila melakukan setiap perkara atau tugasan. 
       Contohnya: Apabila membuat kerja sekolah, tiba-tiba dia boleh mengusik adik-beradik 
                           dan selepas itu pergi mandi. Sangat mudah membuat pelbagai kerja dalam 
                           satu-satu masa. 

3.   Berani berkata-kata secara spontan dan menjawab sesuatu pertanyaan tanpa memikirkan 
       kesannya. 

4.   Suka menggangu atau menyakat adik beradik sendiri, kawan-kawan dan sesiapa sahaja 
       yang dikenali. Ini kerana anak-anak inginkan tumpuan kita. 

5.   Mampu bergerak dari satu penjuru ke suatu penjuru lain dan mempunyai tenaga yang 
       sangat tinggi. Boleh melakukan pelbagai aktiviti tanpa ada rasa penat. 

6.   Kanak-kanak boleh melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian ibu bapa dan 
      orang sekeliling. Contohnya: Memanjat pagar, bermain alat tajam dan sebagainya aktiviti   
      yang kita larang. 

7.   Sentiasa meminta dan mahu dirinya mendapat pujian walaupun sedikit. Contohnya: 'Anak 
       ibu sangat baik', Alia anak yang pintar'.

Ini adalah rahsia untuk kenali anak-anak kita. Jadikan ini sebagai panduan supaya kita mampu membantu mereka untuk membesar menjadi insan yang sangat berkualiti dan memberi manfaat yang baik kepada orang lain. Inyallah.


Liyana Malek 
#1 Malaysia Children Expert & Coach




Liyana Malek - Anda Pewaris Hiperaktif ?






Apa itu ADHD?

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)  atau lebih dikenali sebagai Hiperaktif,  sebenarnya banyak dialami oleh berjuta-juta kanak-kanak, remaja dan orang dewasa di seluruh dunia. Jika kanak-kanak tidak dirawat, ia akan menular sehingga dewasa.

9% daripada kanak-kanak mempunyai ADHD. Ini bermakna daripada 100 orang kanak-kanak, hanya 9 orang mempunyai ADHD. Kanak-kanak yang mempunyai cabaran ini kebanyakkannya adalah lelaki berbanding perempuan, malah kajian mendapati ianya dapat dikesan sejak semasa prasekolah ataupun di tadika.

Lelaki 3 kali ganda berpotensi mempunyai hiperaktif. 


Mengapa?
Tenaga kanak-kanak terutama lelaki mempunyai 3 kali tenaga seorang perempuan. Jika tenaga yang ada pada kanak-kanak lelaki digunakan dengan baik. Hakikatnya, ia memberi banyak peluang kepada mereka untuk membesar mempunyai banyak kemahiran. Mereka boleh membuat pelbagai kerja dalam satu-satu masa. 

Bagaimana ADHD boleh terjadi?
Cara pemakanan. Ya betul, cara pemakanan seharian kita akan mempengaruhi anak-anak menjadi hiperaktif. Kanak-kanak dalam proses tumbesaran mereka, pelbagai jenis makanan dimakan. Tips yang boleh dikongsikan adalah lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran  dalam  setiap menu.


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - 3 Rahsia Mitos & Kebenaran Makan Sayur-Sayuran.

Siapa yang tidak suka makan?
Angkat tangan.Hehehehe


Semua dari kita termasuk kanak-kanak suka makan TETAPI 60-85% daripada kita tidak gemar makan sayur-sayuran atau hanya memilih 1-2 jenis sayur sahaja.

Kenapa ia berlaku? Ini adalah MITOS tentang makan sayur-sayuran:-

1. Sayur tidak sedap. Pahit rasanya.


2. Sayur keras dan susah nak kunyah.


3. Sayur tidak ada rasa. Kelat



KEBENARAN tentang sayur:-
1. Pemilihan sayur mestilah betul untuk memastikan sayur tidak terlalu tua atau muda.

2. Cara memasak sayur haruslah dijaga supaya zat sayur tidak hilang bersama basuhan dan 

    masakan. Sayur yang terlalu tua selalunya keras dan memerlukan masa yang lama untuk 
    dimasak dan sayur yang terlalu muda adalah lembut jadi tidak perlu dimasak dengan lama.

3. Setiap sayur mempunyai rasa yang tersendiri. Yang menjadikan sayur ini sedap dimakan 

    adalah bahan masakannya. Jadi, tambah bahan masakan seperti udang kering, ikan bilis di 
    dalam masakan untuk menaikkan rasa dalam sajian.

Untuk menjaga kesihatan anak-anak, adalah penting untuk mendidik mereka dari awal. Seperti kata pepatah, 'Melentur buluh biar dari rebungnya.'


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

Liyana Malek - Rahsia dan Mitos Senyuman


Pandangan pertama kita kepada seseorang sangat penting.

Kenapa?


Melaui pandangan mata ia akan menentukan kita akan memberi senyuman atau sebaliknya.

Persoalan: Mengapa apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak kecil bibir kita mudah mengukir senyuman?

Jawapannya: Kita sangat tersentuh melihat kank-kanak ini dengan teletahnya. Tetapi mengapa dengan orang lain kita tidak tersenyum secara tersendiri?

Ini adalah penyebabnya:

MITOS mengenai senyum:-

Apabila kita memberikan senyuman dikuatiri orang ingat kita "SS" iaitu Syok Sendiri.

KEBENARAN mengenai senyum:-

Apabila kita memberikan atau menyambut senyuman orang lain, sebenarnya kita sedang menjalinkan hubungan sillaturahim secara tidak sedar.

Mengapa?

Orang yang sedang senyum sebenarnya hormon dalam otak memberikan signal positif pada badan bahawa individu ini mempunyai hati yang baik.
Sesungguhnya Allah melihat apa yang kita lakukan.Jadi sentiasa memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach