Liyana Malek - Kekuatan Kanak-Kanak Luarbiasa
![]() |
Kredit: carolinafamilyalliance |
Kekuatan kanak-kanak itu terletak pada ibu bapanya.
Mengapa?
Di dalam jiwa kanak-kanak, ibu bapa adalah sumber inspirasi mereka.
Pelbagai perkara dipelajari oleh kanak-kanak bermula dari sebutan pertama hingga kanak-kanak petah berbicara.
Menurut kajian hampir 80% kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapa, mereka dapat membesar dengan lebih cepat dan tahap imunisasi mereka bertambah kuat dari sehari ke sehari.
Untuk berjaya kanak- kanak berlajar perlu secara berperingkat dengan cara yang betul. Contohnya, mengeja huruf kepada membaca, menulis dan mengira. Sebagai ibu bapa sokongan sangat penting bagi memberi keyakinan kepada kanak-kanak untuk terus berusaha Dan mencapai kejayaan. Teruskan memberi pujian, sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak secara mental dan fizikal serta emosi.
Konsistensi dan komitmen sangat penting dalam diri kanak-kanak dan perlu diterapkan oleh ibu bapa. Itulah sebabnya ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar terutama menjadi sumber inspirasi dan seterusnya contoh teladan kepada kanak-kanak.
Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach
Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach
Subscribe to:
Posts (Atom)