Liyana Malek - Asas Percintaan Kanak-Kanak


BAHASA CINTA

Kanak-kanak bercakap dengan ibu bapa menggunakan bahasa CINTA tetapi sejauh mana kita sebagai ibu bapa memahami bahasa ini?

Sebagai ibu bapa, kita amat menyangi mereka tetapi  ini tidak bermakna mereka tidak akan memberontak atau mengamuk dengan kita suatu hari nanti.

Dalam membesarkan kanak-kanak, kajian menunjukkan hampir 98% adalah bergantung kepada hubungan CINTA antara ibu bapa dan kanak-kanak tersebut. Tiada apa yang lebih penting kepada kanak-kanak selagi mereka tidak dapat memenuhi keperluan CINTA ini.

Bahasa CINTA kanak-kanak mula wujud apabila mereka dapat merasai bahasa CINTA ibu bapanya. Hanya kanak-kanak yang merasai bahasa CINTA dan kasih sayang yang tulen dari ibu bapanya sahaja, kanak-kanak ini boleh lakukan yang terbaik dalam hidup mereka.

Persoalannya: Bagaimana ibu bapa hendak memahami bahasa CINTA kanak-kanak?


Liyana Malek

#1 Malaysia Children Expert & Coach

No comments:

Post a Comment