Liyana Malek - Kita Ada 3 Jenis Air Mata?


Ha! 3 jenis air mata?
Ya, betul. 

Kanak-kanak ataupun kita semuanya mempunyai 3 jenis air mata. Jom mari kita baca sama-sama:


Jenis air mata #1:
Air mata Basal. Ia berfungsi untuk menjadi pelincir kepada bola mata untuk bergerak secara teratur.

Jenis air mata #2:
Air mata Reflek. Ia akan hanya terhasil apabila tindak balas oleh benda yang membuat mata rasa terganggu. Contohnya seperti habuk, bawang dan sebagainya.

Jenis air mata #3:
Air mata Emosi. Air mata ini akan mengalir apabila kita dalam keadaan yang mempunyai emosi seperti gembira, sedih malah ketawa. Air mata ini mempunyai khasiat.
Wah! menangis pun ada khasiatkan. Indah ciptaanNya.

Khasiatnya adalah zat Magan dan hormon prolaktin yang tinggi semasa menangis.
Apabila kita menagis dalam keadaan emosi yang sedih, gembira ataupun ketawa, khasiat dan hormon tersebut membantu menstabilkan atau meredakan tubuh badan.


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

2 comments:

  1. Cik Liyana...bagus perkongsian ini...patotlah bila selepas menangis je terus rasa lega... :D

    ReplyDelete