Liyana Malek- Rahsia Kejut Anak Bangun


Pagi subuh yang indah ini. Jom kita kejutkan anak-anak bangun tidur:
✔ Beri salam kepada anak yang sedang tidur

✔ Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan sambil menyebut namanya.

✔ Buka lampu bilik tidur dan panggil namanya dengan lembut sambil menggoyang kakinya.

✔ Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

✔ Panggillah sayang, manja atau anak. Guna bahasa yang lembut dan sedap didengar.

✔ Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak mama yang baik, anak mama yang soleh, anak mama yang rajin.

✔ Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

✔ InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

P/S: Boleh digunakan untuk suami atau isteri tersayang.

7 Saat Anak Dengar kata.-Dapatkan sekarang! 

Klik-> http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

No comments:

Post a Comment