Liyana Malek - Guru Masuk Islam Kerana Bicara Anak



Terdapat seorang anak lelaki yang berusia 6 tahun, berpuasa di bulan Ramadhan walaupun pada usia ini tidaklah menjadi satu kewajipan kepadanya. Apabila anak kecil ini ke tadika, semasa makan tengah hari di tadikanya, semua anak-anak lain yang sebayanya keluar kelas untuk menikmati makanan yang telah disediakan kecuali dirinya sahaja atas sebab berpuasa.

Apabila anak ini duduk di dalam kelas dan menyiapkan kerjanya, seorang guru yang beragama lain menghampiranya lalu berkata,' Jom, makan sayang.' Anak itu menjawab,'Saya puasa.' 

Gurunya merasakan anak ini terlalu muda untuk berpuasa maka ia tidak perlu dan anak ini boleh makan walaupun sedikit. Tetapi anak ini tetap berkeras untuk tidak mahu makan.

Guru itu  berkata kepadanya,' Mama dan papa kamu tidak melihat kamu makan sayang. Tidak mengapa untuk makan sedikit. Tiada siapa melihatnya.' Maka anak itu terus menjawab,' Saya berpuasa bukan kerana mama atau papa tetapi kerana Allah saya puasa.'

Kenyataan anak ini yang ringkas tetapi menusuk kalbu guru ini memberi sinar dan rahmat kepada guru yang beragama lain untuk memeluk Islam. Subhan'ALLAH. Hebat!.

Hidayah Allah diberikan kepada sesiapa sahaja yang dipilih olehNya.


Liyana Malek 
#1 Malaysia Children Expert & Coach 

No comments:

Post a Comment