Liyana Malek - Atasi 7 Kesilapan Ibu Dalam Mendidik Anak


Terdapat 7 kesilapan ibu dalam mendidik anak-anak iaitu:

1. Terlalu negatif. 
2. Mengharapkan terlalu banyak dari anak-anak.
3. Kita sendiri menunjukkan model yang kita taknak terjadi keapda anak-anak.
4. Kita campur tangan apabila anak-anak membuat sesuatu yang kita tidak sukai.
5. NATO. No action talk only.
6. 'Time-out' yang tidak berkesan.
7. Menganggap kaedah didik satu anak akan berhasil kepada anak yang lain.

** Penjelasannya boleh di dapati di 

http://www.liyanamalek.com/2013/11/mengabaikan-reaksi-anak-anak-dalam.html

Persoalannya sekarang bagaimana untuk kita membantu diri sendiri untuk memberikan yang terbaik untuk mereka? Antara yang boleh ibu bapa lakukan adalah:

1. Beritahu anak-anak tingkah laku yang kita inginkan.

2. Jadi guru kepada mereka. 

Penguasaan sosial anak-anak kecil yang diperlukan ketika di tempat awam masih belum cukup kuat. Ia mengambil masa dan pengulangan untuk mereka belajar menguruskan diri mereka sendiri.

3. Meminta maaf kepada mereka. 

Walaupun mereka masih kecil, tidak salah untuk mengucapkan perkataan maaf kepada anak-anak.

4. Abaikan ikut keadaan yang sesuai. 

Selalunya, ibu bapa berasa perlu untuk campur tangan setiap kali anak-anak melakukan sesuatu yang menyakitkan hati anda seperti berlari-lari dalam rumah ataupun menumpahkan air minuman. Perlu diingat bahawa kadang-kadang anak-anak melakukan perkara-perkara yang menyakitkan kerana mereka meneroka kemahiran baru.

5. Tetapkan had limit. Untuk mengajar anak-anak mengikut arahan, beri arahan yang jelas, kemudian ambil tindakan jika mereka ingkari. Contoh, jika anda ingin anak anda untuk, melakukan kerja rumah, berilah arahan hormati ("Sila matikan TV sekarang dan melakukan kerja along").
Jika mereka menurut, ucapkan terima kasih. Jika tidak, ambil tindakan ("Ayah tutup TV ini sehingga kerja along selesai, dah selesai baru boleh tonton").

6. Lakukan "Time-in". 

"Time-out" adalah peluang anak untuk bertenang apabila anda menghukum mereka seperti suruh mereka masuk ke bilik selepas bergaduh dengan adik beradik yang lain dengan tujuan supaya mereka relaks dan tenang. Sebagai altenatif, lakukan "Time-in", contoh anda duduk diam dengan mereka. Jika anak sedih, pegang dan peluk mereka supaya mereka bertenang. Bila mereka tenang, jelaskan secara santai mengapa perbuatan mereka salah.

7. Didik dengan pelbagai cara. 

Jika plan A tidak menjadi, lakukan plan B atau plan C. Untuk mendapatkan kaedah bersesuaian mendidik anak, sentiasa tambah ilmu dan strategi tawan hati anak.

Apa yang penting adalah konsisten dalam memberikan yang terbaik kepada diri sendiri dan anak-anak.

#1 Malaysia Children Expert 

No comments:

Post a Comment