Liyana Malek - 3 Rahsia Mitos & Kebenaran Makan Sayur-Sayuran.

Siapa yang tidak suka makan?
Angkat tangan.Hehehehe


Semua dari kita termasuk kanak-kanak suka makan TETAPI 60-85% daripada kita tidak gemar makan sayur-sayuran atau hanya memilih 1-2 jenis sayur sahaja.

Kenapa ia berlaku? Ini adalah MITOS tentang makan sayur-sayuran:-

1. Sayur tidak sedap. Pahit rasanya.


2. Sayur keras dan susah nak kunyah.


3. Sayur tidak ada rasa. Kelat



KEBENARAN tentang sayur:-
1. Pemilihan sayur mestilah betul untuk memastikan sayur tidak terlalu tua atau muda.

2. Cara memasak sayur haruslah dijaga supaya zat sayur tidak hilang bersama basuhan dan 

    masakan. Sayur yang terlalu tua selalunya keras dan memerlukan masa yang lama untuk 
    dimasak dan sayur yang terlalu muda adalah lembut jadi tidak perlu dimasak dengan lama.

3. Setiap sayur mempunyai rasa yang tersendiri. Yang menjadikan sayur ini sedap dimakan 

    adalah bahan masakannya. Jadi, tambah bahan masakan seperti udang kering, ikan bilis di 
    dalam masakan untuk menaikkan rasa dalam sajian.

Untuk menjaga kesihatan anak-anak, adalah penting untuk mendidik mereka dari awal. Seperti kata pepatah, 'Melentur buluh biar dari rebungnya.'


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

No comments:

Post a Comment