Liyana Malek - Anda Pewaris Hiperaktif ?






Apa itu ADHD?

Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)  atau lebih dikenali sebagai Hiperaktif,  sebenarnya banyak dialami oleh berjuta-juta kanak-kanak, remaja dan orang dewasa di seluruh dunia. Jika kanak-kanak tidak dirawat, ia akan menular sehingga dewasa.

9% daripada kanak-kanak mempunyai ADHD. Ini bermakna daripada 100 orang kanak-kanak, hanya 9 orang mempunyai ADHD. Kanak-kanak yang mempunyai cabaran ini kebanyakkannya adalah lelaki berbanding perempuan, malah kajian mendapati ianya dapat dikesan sejak semasa prasekolah ataupun di tadika.

Lelaki 3 kali ganda berpotensi mempunyai hiperaktif. 


Mengapa?
Tenaga kanak-kanak terutama lelaki mempunyai 3 kali tenaga seorang perempuan. Jika tenaga yang ada pada kanak-kanak lelaki digunakan dengan baik. Hakikatnya, ia memberi banyak peluang kepada mereka untuk membesar mempunyai banyak kemahiran. Mereka boleh membuat pelbagai kerja dalam satu-satu masa. 

Bagaimana ADHD boleh terjadi?
Cara pemakanan. Ya betul, cara pemakanan seharian kita akan mempengaruhi anak-anak menjadi hiperaktif. Kanak-kanak dalam proses tumbesaran mereka, pelbagai jenis makanan dimakan. Tips yang boleh dikongsikan adalah lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran  dalam  setiap menu.


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert & Coach

No comments:

Post a Comment