Liyana Malek - 7 Rahsia Anak Kita Adalah Hiperaktif




Ingin ketahui adakah anak-anak kita mempunyai ciri-ciri hiperaktif?


Jom mari kita audit:

1.   Tidak boleh membertahan dalam tempoh yang lama untuk menyelesaikan tugasan atau 

      perkara yang diberikan. 
      Contohnya: Menyiapkan kerja sekolah, bermain bersama adik-beradik. Walaupun tugasan    
                          yang diberikan berbentuk permainan sama ada di sekolah atau rumah tetapi     
                          masih tidak boleh bertahan dalam jangka masa yang lama.. 

2.    Sangat mudah hilang fokus apabila melakukan setiap perkara atau tugasan. 
       Contohnya: Apabila membuat kerja sekolah, tiba-tiba dia boleh mengusik adik-beradik 
                           dan selepas itu pergi mandi. Sangat mudah membuat pelbagai kerja dalam 
                           satu-satu masa. 

3.   Berani berkata-kata secara spontan dan menjawab sesuatu pertanyaan tanpa memikirkan 
       kesannya. 

4.   Suka menggangu atau menyakat adik beradik sendiri, kawan-kawan dan sesiapa sahaja 
       yang dikenali. Ini kerana anak-anak inginkan tumpuan kita. 

5.   Mampu bergerak dari satu penjuru ke suatu penjuru lain dan mempunyai tenaga yang 
       sangat tinggi. Boleh melakukan pelbagai aktiviti tanpa ada rasa penat. 

6.   Kanak-kanak boleh melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian ibu bapa dan 
      orang sekeliling. Contohnya: Memanjat pagar, bermain alat tajam dan sebagainya aktiviti   
      yang kita larang. 

7.   Sentiasa meminta dan mahu dirinya mendapat pujian walaupun sedikit. Contohnya: 'Anak 
       ibu sangat baik', Alia anak yang pintar'.

Ini adalah rahsia untuk kenali anak-anak kita. Jadikan ini sebagai panduan supaya kita mampu membantu mereka untuk membesar menjadi insan yang sangat berkualiti dan memberi manfaat yang baik kepada orang lain. Inyallah.


Liyana Malek 
#1 Malaysia Children Expert & Coach




No comments:

Post a Comment