Liyana Malek - Berahi Marah

Apa yang anda dapat simpulkan melalui gambar ini?

Situasi: 
Si ayah memarahi si ibu. Si ibu melepaskan kebengangan kepada si anak. Si anak melepaskan kemarahan dan kebengangan kepada...

Inilah situasi yang berlaku hari ini. Memarahi anak ada cara dan gayanya tapi berapa ramai yang mengikuti cara yang betul untuk memarahi anak.

Tidak guna melepaskan kemarahan kepada orang lain akibat peningkatan minyak RON95 sebanyak RM0.20/seliter atau pun masalah gaji tak naik-naik, atau pun masalah politik negara yang asyik dibincangkan tetapi tidak dapat diselesaikan.

Bagaimana untuk kita merawat rasa marah dan kecewa kita kepada anak-anak?


'Saya dah buat macam-macam cara dengan anak saya tetapi sama sahaja. Dia tetap macam tu jugak degilnya.'

Pernah terlintas kata-kata ini?
Jika ya, istigfar banyak-banyak. 
Apa yang kita fikir, cakap dan rasa adalah DOA.

Cara untuk merawat rasa marah kita adalah:

>>> Sumpah
Ya, sumpah perkara yang baik-baik dengan mereka.
Contohnya, 'Ibu sumpah adik berjaya macam Bill Gates!' Anak ini terpaksa berjaya, murah rezeki dan hebat sepertinya.



>>> Doa
Apabila kita marah, terus berdoa depan anak tersebut. ' Ya Allah, lembutlah hati ini untuk Alia sentiasa dengar kata ibu dan menjadi anak yang sentiasa disayangi oleh Allah.'



>>> Senyap
Jika kita tidak mampu sangat untuk menahan marah, adalah lebih baik untuk kita senyap, senyum dan minum air. Tarik nafas dan elakkan daripada dekat dan pandang anak itu. Pandangan marah seorang ibu/bapa kepada anak membuatkan anak menjadi mudah meragam terutama apabila waktu tidur.


Liyana Malek 
#1 Malaysia Children Expert & Coach 

No comments:

Post a Comment