Liyana Malek - Sentapan Tidur


Setiap anak mempunyai tempoh masa tidur yang berbeza mengikut umurnya. Ini untuk membantu sistem pertumbuhan dan rehat yang cukup untuk menjalankan aktiviti yang lebih bertenaga apabila mereka bangun nanti. Antara tempoh masa yang sesuai untuk anak-anak adalah:

a. Usia 1-4 minggu: 
Anak-anak ini memerlukan tidur selama15-18 jam sehari. Kebanyakkan waktu siangnya lebih digunakan untuk tidur walaupun seketika.

b. Usia 1-12 bulan: 
Pada usia ini anak-anak akan tidur 14-15 jam sehari. 

c. Usia 1-3 tahun: 
12-14 jam sehari, mereka cenderung untuk tidur 2x  sehari pada waktu siang dalam jangka masa 10 pagi dan 2 petang.

d. Usia 3-6 tahun: 
Mereka akan tidur pada waktu pagi biasanya dalam 1.5-2jam  dengan jumlah jam 10-12 jam sehari.

e. Usia 7-12 tahun: 
10 - 11 jam sehari adalah masa yang optimum untuk anak-anak yang berusia pada umur ini.

Anak-anak sangat mudah meragam jika mereka tidak dikejutkan dengan cara yang betul. Mengapa ia terjadi?

Secara natural, apabila anak-anak tidur, roh dan jasadnya terpisah buat seketika. Akan tetapi jika kita secara tiba-tiba mengejutkan anak yang tidur untuk bangun, roh dan jasad menerima kejutan sehingga menyebabkan emosi anak kacau-bilau.

Lebih membahayakan adalah jiwa anak menjadi sangat mudah sensitif sehingga menyebabkan semua yang mereka lakukan serba-serbi tidak kena. Ini membawa anak-anak sangat mudah untuk mengamuk. Apabila mereka mengamuk ia menyebabkan semua perkara menjadi lambat dan kita juga berpotensi untuk marah-marah terutama di pagi hari.

Cara yang boleh dilakukan untuk mengejutkan anak tidur adalah:

1. Buka lampu.
Jika anak tidur dalam keadaan suis lampu tertutup, maka bukakan lampu tersebut.

2. Pegang hujung ibu jari kaki.
Pengangkan ia secara lembut sambil berselawat dan memberi salam. Goyangkan kaki tersebut secara perlahan-lahan.

3. Gosok belakang badan anak.
Jika anak masih liat untuk bangun, gosokkan belakang badan anak secara perlahan-lahan. Berikan urutan di bahu dan dikepalanya untuk memberikan rangsangan agar mereka menjadi lebih sedia untuk bangun.

Cara kita berkomunikasi bersama anak adalah yang paling utama. Ketahuinya di http://7saatanakdengarkata.blogspot.com/

Liyana Malek 

#1 Malaysia Children Expert & Coach 



No comments:

Post a Comment