Liyana Malek - Hebatnya Kuasa Ibu Bapa



Semasa saya berumur 11 tahun, saya memang "alergik" kepada Matematik. Apa sahaja yang melibatkan pengiraan, saya tidak boleh untuk mengira dengan betul dan cepat walaupun ibu saya adalah seorang guru Matematik yang cemerlang! Kelakar kan?

Alhamdulillah, ibu saya seorang yang amat memahami anak-anaknya. Dia tidak mengajar saya untuk hebat dalam Matematik secara normal dengan sentiasa mengulangkaji pelajaran setiap malam. Sebaliknya, beliau membelikan banyak biskut untuk saya pek kan dan jual di sekolah. Ibu saya tahu yang saya gilakan wang walaupun lemah dalam pengiraan. Masa itu saya jual biskut 1 batang RM0.10 beli 3 batang RM0.20.

Syukur pada Allah, tiap transaksi perniagaan dalam penjualan biskut saya menyebabkan saya "alert" dan peka dengan nombor secara tidak langsung.

Kesannya?

Saya amat mudah dalam menjawab soalan Matematik dan pengiraan sehingga sekarang. Pada umur yang begitu muda saya sudah boleh berdikari tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa. Mungkin nampak biasa tapi besar ertinya pada hidup saya. Hari-hari saya kira duit, melonjakkan kegembiraan dan memudahkan saya dalam pelajaran Matematik.

Jadi, apa kaitannya dengan Program Biz Children?

1. Saya didik anak-anak berumur 11 hingga 15 tahun untuk menjana wang sampingan minimum **RM50 sebulan.

2. Jika anak-anak terlalu banyak habiskan masa dengan gajet dan internet dengan perkara yang tidak berfaedah, kenapa tidak mereka membuat pendapatan sampingan yang mungkin nampak kecil pada anda tapi RM50 adalah BESAR kepada mereka.

3. Bagi anak yang lemah Matematik, inilah antara ilmu praktikal yang boleh mereka aplikasikan.

4. Ramai ibu bapa berkira dengan anak-anak. Apabila anda berkira, banyak masalah dalam hubungan antara anda dan anak-anak. Jika anda masih berkira, didik mereka untuk menjana pendapatan sendiri melalui hasil idea mereka sendiri.

5. Ramai yang bertanyakan saya mengapa anak-anak sekarang berkelakuan tidak senonoh. Salah satu sebab adalah pengaruh internet dan mereka tidak nampak apa matlamat mereka untuk masa hadapan yang semakin mencabar. Jadi, mengapa tidak mereka mendapat matlamat melalui Program Biz Children, dengan menukar penggunaan internet yang negatif kepada positif.

Jadi, mengapa lambat bertindak jika sudah ada peluang depan mata? Mungkin ini satu titik tolak anak anda untuk masa hadapan mereka.

Program Biz Children pertama saya pada 4 Disember 2013, 2petang hingga 5petang di The Dessert Table.

Daftar di www.bizchildren.com

RM50 / 1 orang ATAU RM100 / 3orang

Liyana Malek

#1 Malaysia Children Expert 
https://www.facebook.com/BizChildren

No comments:

Post a Comment