Liyana Malek - Salahkah Gadjet?


'Anak saya main gajet sampai lupa itu dan ini...
Sebab gajetlah anak saya ..........'

Gajet sebenarnya adalah ALAT. Menjadikan sesuatu perkara itu baik dan buruk bergantung kepada individu tersebut.
Sedar atau tidak, kita sebenarnya hidup dalam zaman teknologi. Anak-anak kita pun hidup dalam zaman teknologi. Mereka membesar dengan zaman teknologi.

Revolusi teknologi tanpa sempadan masa dan tempat menjadikan kita dan anak-anak sangat mudah berhubung terutama apabila kita terpaksa bertugas di luar negeri. Melalui gajet, anak-anak boleh melepaskan kerinduan kepada kita.

Walaupun dunia sekarang tanpa sempadan, anak-anak juga perlu dilatih untuk mengetahui had sempadan mereka. Masalahnya, ramai ibu bapa menghalang terus penggunaan gajet sehingga anak-anak 'terpaksa' main senyap-senyap. Kita seharusnya membantu anak-anak bermain gajet dengan cara yang betul.

Kita persiapkan mereka menghadapi dunia yang serba teknologi ini supaya mereka membesar tidak menjadi katak di bawah tempurung. Tidak tahu bagaimana hendak menggunakan gajet. Kesannya, mereka menjadi sangat rendah diri dengan orang sekeliling. Siapa yang anak-anak akan persalahkan nanti?

Pesan Saiyidina Umar Al-Khatab,
'Didiklah anakmu mengikut zamannya kerana zamannya berbeza sekali dengan zamanmu.'


Program Biz Children adalah antara cara untuk mendidik anak-anak menggunakan gajet di tempat yang betul dan memberi manfaat kepadanya. Contohnya, dengan gajet mereka belajar untuk berkongsi kemahirannya mengajar adik-beradik menggira menerusi video ataupun facebook.

Anak-anak anda layak untuk berjaya walaupun menggunakan gajet sebab melalui gajet mereka pun belajar sesuatu. 

Jika caranya betul, hasilnya juga menjadi baik.
Berikan anak-anak ini peluang menerokai zamannya. Kita pantau mereka dari jauh. Jika perlu jelaskan apakah kesan untuk setiap tindakan yang mereka ambil. Ini melatih mereka bertanggungjawab.
Jika kita cermin sesuatu itu dengan pandangan yang positif, ia memberikan impak yang positif pada anak-anak.

Program Biz Children adalah 1 revolusi baru untuk mendorong anak-anak melakukan apa yang mereka minati dengan cara yang lebih bijak dan menyeronokkan.

Pendaftaran masih dibuka!

Daftar di http://www.bizchildren.com/
RM50/1 Orang ATAU RM100/3orang.

Terbuka kepada anak-anak yang berusia 11-15 tahun.


Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert 
www.bizchildren.com

No comments:

Post a Comment