Liyana Malek - Besarkan Kejayaan Anak-anak!


2014 bakal menjelma dalam beberapa hari lagi. Sama ada kita suka atau tidak tahun 2013 bakal mengundurkan 'dirinya'. Ramai ibu bapa tidak menetapkan matlamat anak-anak.
Apa yang mereka target untuk dicapai pada tahun 2014?
Berapa banyak surah yang bakal mereka hafal?
Berapa kali mereka solat dalam sehari?
Berapa kali mereka bakal dibawa bercuti.

Semua ini sangat penting untuk anak-anak. Sangat!
Bayangkan jika hidup tanpa matlamat sebenarnya anak-anak kita hidup seperti manusia yang tiada tulang. Lemah longlai sahaja.

Jika kita tidak merancang aktiviti anak-anak maka kita merancang untuk gagal! Itu yang kita asyik jadi tarzan sahaja. Menjerit sana dan sini. Salah siapa? Anak-anak? atau salah kita yang tidak merancang.

Anak-anak apabila mereka tidak ditetapkan apa yang mereka perlu buat, mereka seperti burung yang merayau mencari sarang. Mereka akan mempunyai banyak masa untuk bergaduh, mengamuk malah murung sebab terlalu bosan. Ini selalunya berlaku kepada anak lelaki. Kajian menunjukkan anak lelaki lebih cepat bosan daripada anak perempuan kerana tenaga yang mereka miliki tidak digunakan dengan sepenuhnya.

Tuliskan apakah perancangan matlamat untuk anak-anak pada tahun 2014. Contohnya:
Along (10 tahun): Target untuk menjadi Al-hafizah
Tindakan:
1. Teman Along untuk semak hafazannya 10 minit setiap pagi.
2. Membaca 15 buku kenabian sehingga Jun 2014
3. Solat awal waktu berjemaah dengan Along

Angah: (5 tahun): Target pandai membaca, menulis dan mengira
Tindakan:
1. Luangkan 10 minit setiap hari bersama Angah belajar membaca.
2. Habiskan menulis 1 muka surat setiap hari.
3. Tunjukkan barang untuk Angah menggira setiap hari.

Apabila kita merancang masa dengan anak-anak sebenarnya kita sedang merancang mempunyai masa yang berkualiti dengan mereka. 


Mulakan SEKARANG!

Liyana Malek
#1 Malaysia Children Expert 

No comments:

Post a Comment